Saturday, September 2, 2017

Welcome to the family !

Kalau haritu belah perempuan kat Johor warna biru, ke Nilai kita pilih warna merahh. bersemangat gitu. hahaha

So, kitorang semua satu family berkumpul dekat rumah Cik Ti, ramai2 tidur situ then baru lahh gerak pergi dewan kenduri pengantin haa.

Best jugak kan bila makcik kahwin lain negeri ni, dapat jalan jauh jauh. hahaha. Kalau sebelum ni wedding Cik A dekat Kedah aku tak dapat pergi pun sebab time tu tengah final exam. and aku ingat lagi paper time tu Bussiness Math memang *&^%$!!! hahahahahah

Ni pun nasib baik dapat cuti. Then dapatlahh pergi. Kalau tak, memang aku guling guling dok meratap nasib malang tak sudah 😂



Bukan wanita Umno k

 Sepatutnya iring pengantin dari belakang. tapi kitorang stop kejap bila nampak camera. haha

The ladies #teammerah

 Pelamin kecik. Berhimpit laa bila family besar gini. Ni pun ada yg surrender sebab tak muat. hahaha

Selfie dengan pengantin before naik pelamin.
Makeup dia time ni cantikk sangaatt 

 Perut kenyang, bergambar jee laaaaa



 Ni selfie sementara menunggu yg lain lain p shopping kat Nilai 3 ni hahh
redha jelah. hahaha







Pegang 'hand bouquet' bertelur jelah dulu, nak tunggu handbouquet wedding sendiri lamaaa lagii. hahahahah bye ! 






Cik Pad Off Market ! (finally)

Lately ni ramai sungguh orang kahwin. Baru je nak tarik nafas lega raya dah habis, dah kena stress balik sebab baju nak pergi wedding orang pulakk. *padahal stress takda orang ajak kahwin.hahahaha

So, macam biasa kerja seorang ain, ofcourse bergambar memanjanggg. Habis tu nak suruh aku buat apa ?! hahahah

Biasalah, bila buat majlis, mana ada yang perfect semua kann. Kelam kabut, gaduh tu biasalah. Tapi at the end of the day, all is well. Alhamdulillah 😀😀



 Orang buat kerja, dia sibuk selfie. Lepastu tanya nak buat apa. lol. hahahah
*sejenis perangai


 lil cousin Raisya Sophea. 
We both kaklong tau. don't mess with us *tetiba 

 Tengoklaa Leah tuu. Geram haihh. Lagi buat geram bila dia taknak berenggang dari mak dia. hishh

 Uncles and aunties at the candy booth 
Also my mommy at the back. dia ingat dia comel ke sengsorang kat situ ??

 Le cousin 💜

 "kita dah penat kaklong, tolonglaa jangan ajak selfie lagi"- Sophea 
geram tengok Izzara. Comel sangatt dengan rambut dia camtu

 Eternal love 💕💕

 As sweet as me 😂

 A decent family photo

 Yang hanya bertahan 5 saat. hahahaha


Kami the Cucu's 
Penerima wajib duit raya. Dan saya ketua mereka. Kata kaklong kannn



Untungnyaa Cikpad tak payah dok kusut cari bridesmaid sebab adik beradik perempuan ramai.
Dan ada anak sedara sorang yg paling tinggi comel disitu 😆


Alaa Arif, kaklong tahu kaklong cantik. Janganlaa tengok gitu. Malu tau

Adlan Hafiy and Harrez Rayyan

 Hafiy, Rayyan, Dhia Nur Fathia and 
Danial Azfar (budak paling tak reti duduk diam 😒)

Rayyan (again) and Dhia


The Clingy Harrez Rayyan 😑

"mana jodoh kaklong?"

Sukaaa gambar ni. sebab comel ngatt.

 Bakal steward sorang ni. dan paling annoying

 Dia ni makan apa ntah sampai terlebih besar gini. haih

Finally, dapat gambar sorang dengan pelamin yg sangat sangat sangat cantikk 😭
*tetiba stress*




So, that's it. Barakallah Cik Fadh and Uncle Shofe ! Welcome to the family. Semoga cepat bagi saya cousin baru dan berkekalan till jannah InsyaAllah Aminnnnn

Ingatkan nak sambung untuk majlis belah laki. Tapi rasa macam panjang pula. Nantilah bila rajin. bye. hahahahah



Friday, July 14, 2017

SHRMZB 2k17 !

Rasanya tahun ni raya paling hambar kot. Semua sebab kerja punya pasal (bukan sebab umur makin meningkat ehh). Aku dapat cuti pun dua hari je. Yee, dua hari sahaja . tu pun raya kedua jatuh dekat offday aku. Rasanya kalau tak, memang cuti raya first jelah #boskejam. Then raya ketiga aku cuti sendiri  tak sihat. hahahah

Pagi raya, macam biasa bukan family Haji Selamat kalau tak kelam kabut. Masing-masing konon dah prepare baju sebulan awal. Last-last pagi raya still ada yg tengah menjahit baju. lol. Dann family aku jugak kelam kabut sebab achik kena masuk kerja pagi tu. So, sempat bersalaman dan gambar dengan atok nenek je lepas solat raya, dengan family members yang lain memang dari jauh kupohonkan ampun maaf jelahhh. 😁😁 




Tema tahun ni warna peach. Ini punnn last minit. Padahal dah cakap awal-awal konon nak warna nude chocolate. Tapi disebabkan ummi dah beli warna peach sebab dia cakap macam cantik je. Then kami anak-anak yang taat terpaksa menurut perintah jelaa. Tapi nice apa warna peach. Tahun ni jee tak pakai pink #sisredha 😂


                                               



Maaf takde gambar bersalaman dan sebagainya. Anggap jelah saya perantauan bersama kapal-kapal dibelakang ini. Padahal hantar kakchik pergi kerja. Sempat kakak dia posing. heee


Then balik hantar kakchik, balik rumah atok semua dah gerak nk pergi beraya rumah besan-besan atok. gambar kat rumah orang semuanya tak helokk. maaflah. *nampak tak beraya betul kami. heee

Raya kedua ? makcik pakcik semua cakap takde arah tuju nk beraya mana, then malam sebelum tu azrul cakap nk ajak balik kampung dia since rumah atok tak jauh pun and bolehlaa pergi. Lepas tanya ummi, terus gosok baju *excited ke dedor tak tahu laa. First time kot. hahahah




Soo this is it. For the first time our raya-couple-picture ever 😊💕. Nak cari baju yg sama dengan dia ni pun satu kerja jugakk. Sebab dah janji nk beli sama tapi dia  masing-masing busy memanjang pastu cuti tak sama dan dia dah beli duluu 😒 again, #sisredha #nasibbaiksayang #silamuntah

First time jumpa family dia semua, Nothing much pun sebab time aku datang tu rumah dia ramai tetamu. lepas satu, satu family datang. So, aku rasa macam tak dianggap disitu. hahahahah. Nak ulang hashtag tak ? 

Sebenarnya lepas jumpa family dia, ingatkan nak jumpa family aku pulak. Tapi memang sejenis masing-masing tak boleh lekat kat rumah, (nama pun raya,lol) time aku balik tuu semua keluar pergi beraya rumah sedara. Yang tinggal atok je. Takkan nk jumpa atok sengsorang lepastu krik krik ? So, dia selamat laa rasanya sebab kalau tak, time tu makcik pakcik aku semua ada. haha

Raya ketiga ? kami mereput je dekat rumah. Sebab yg lain semua nak balik Muar dan family aku jee yg tinggal sebab aku dengan kakchik kena kerja. Macam takde life je kan raya-raya pun kerja. haihhh

Soo, that's it. tu je kot cerita raya tahun ni. Doakan laa aku cepat dapat kerja baru, dapat bos tak kejam dan senang cuti. Fuhhh harapan 😂